JOHOR BAHRU – Niat seorang bapa untuk
membeli roti kepada anaknya setelah pulang dari kerja tidak kesampaian apabila
dia menerima panggilan mengatakan rumah yang didiaminya musnah dalam kebakaran
di Kampung Sungai Perling dekat Skudai, di sini, malam semalam.
Hamsani Radi, 46 berkata, kejadian berlaku
kira-kira jam 9 malam itu disedari anak perempuannya yang ketika itu sedang
menonton televisyen.
“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan
pulang ke rumah dan singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli roti yang
dikirim anak saya. Namun belum sempat saya membelinya, saya menerima panggilan
daripada jiran mengatakan rumah saya terbakar.
“Saya bergegas pulang ke rumah kerana risau
keadaan anak-anak saya. Ketika itu yang ada di rumah hanyalah mereka bertiga,”
katanya.
Menurutnya, kebakaran berpunca dari bilik
hujung yang disedari anak bongsunya ketika menonton televisyen.
“Tiada apa yang dapat diselamatkan, kami
tinggal sehelai sepinggang.
“Dalam rumah ini macam-macam barang yang
disimpan musnah, sijil premium BSN, surat beranak, dokumen-dokumen penting dan
barang kemas,” katanya.
Katanya, kejadian itu berlaku dengan pantas
dan dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun terpaksa
menanggung kerugian kira-kira RM40,000.
Hamsani berkata, dia terkejut apabila
setelah api berjaya dipadamkan, hanya dua botol air zamzam tidak dijilat api.
“Air zamzam ini disimpan di dalam rumah
berhampiran dapur. Saya terkejut apabila semua barang lain di sekitarnya musnah
dijilat api kecuali dua botol air zamzam yang hanya renyuk sedikit sahaja,”
katanya yang juga merupakan seorang anggota Rela.
"Dipetik dari kisah benar sahabat Pengurus Zam-zam Al Baraqah "
"Dipetik dari kisah benar sahabat Pengurus Zam-zam Al Baraqah "
No comments:
Post a Comment