Thursday, 3 October 2013

Perkongsian dengan customers yang manfaat air zam zam untuk sekeluarga

Perkongsian dengan customers yang manfaat air zam zam untuk sekeluarga.Air yang paling mujarab yang Allah bagi untuk ummatnya merasainya.Hanya insan yang betul2 terpilih sahaja yang boleh merasainya.Walaupun mempunyai duit yang banyak juta2..tapi jika Allah tak membuka hatinya untuk menikmati kelazatan yang terkandung didalam air zam zam ini.Maka die tidak akan dapat.Bilamana insan yang sederhana hidupnya yang Allah pilih untuk merasai kelazatan air zam zam ini,dialah 
yang dapat.

Wednesday, 2 October 2013

Salah Satu Sumber Perubatan Rasulullah


 AIR ZAM-ZAM:


Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Air zam-zam itu penuh berkah.  Ia makanan yang mengeyangkan (dan obat bagi penyakit)”(HR. Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam kurung adalah menurut riwayat al Bazzar, al Baihaqi dan ath Thabari dan sanadnya shahih, lihat Majma’uz Zawaa-id III/286).Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menceritakan pengalamannya berkaitan dengan cara menyembuhkan penyakitnya dengan air zam-zam yang dikombinasikan dengan metode ruqyah dari al-Quran ini,’ Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang dokter atau ubat penyembuh.  Lalu aku berusaha merawat dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan. Aku ambil segelas air Zamzam dan membacakan padanya surat al Faatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan.  Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam merawat berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku beritahu kepada orang banyak yang mengeluhkan suatu penyakit dan banyak dari mereka yang sembuh dengan cepat’ (Zaadul Ma’aad IV/178 dan al Jawaabul Kaafi hal. 23)

Pelanggan Zam-zam Al-Baraqah

Alhamdullilah customers Zam Zam Al-Baraqah Terus Dari Mekah...yang sudi berkongsi gambar dengan pihak kami..Terima Kasih dan setialah menjadi customers Zam Zam Al-Baraqah Terus Dari Mekah dan jadikan air zam zam sebagai minuman harian anda.Semoga segala penyakit sembuh dan kembali sihat untuk mengabdikan diri kepadaNya.Dengan izinNya Aamiin Ya Rabb

Saturday, 21 September 2013

Air Zam-Zam Boleh Menyembuhkan Penyakit

Zam Zam Boleh Menyembuhkan Penyakit 

Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Peringatan Kepada Pengguna

SOALAN : Adakah anda yakin betul mereka ( Peniaga Zam Zam ) yang membuat pembotolan semula itu akan jual air zam zam yang asli tanpa anda melihat atau berjumpa dgn pengeluar DAN adakah anda pernah tanya mereka adakah mereka ada juga menjual dalam bentuk tong juga.


JAWAPAN :  Jika YA dan ada bukti BERMAKNA mereka tidak akan mengeksploitasikan air zam
zam tersebut  maka benarlah  mereka amanah dengan air zam zam.
Ana cukup sedih dengan sesetengah peniaga yang mahu untung sampai tahap lebih 100% tanpa
memikirkan hak pengguna yang mahu mendapatkan yang asli dan mendapatkan daripada yang
amanah.



KEPADA PENIAGA SEMUA,

 Anda harus ingat peniagaan tidak seharusnya hanya kepada nilai keuntungan sahaja. Antara
mereka akan berada di bawah pelindungan Allah s.w.t  pada hari yang mana tiada perlindungan
melainkan perlindungan Allah ialah peniaga yang jujur.


Ana ( Hj Wan Azmi Hj Wan Gati ) selaku Pengurus Zam Zam Al-Baraqah Terus Dari Mekah
– Sekarang ini sudah menetap di YANBU, MADINAH sudah lebih 5 tahun , memang tidak
menafikan keuntungan penting kepada seorang peniaga tapi biarlah amanah dan jujur dengan
peniagaan anda.


 Anda akan ditanya akan amanah dan tanggungjawab anda dalam berniaga. Kami menawarkan
harga air zam zam yang memang agak mahal yakni RM 120/botol ( 10liters) berbanding  yang
lain. Mahalpun hanya pada kos perkhidmatan air zamzam yang memang sudah mahal DAN KAMI

MEMPERKENALKAN PENGHANTARAN TERUS KE RUMAH ANDA SECARA PERCUMA DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA


HARI INI ORDER INSHAA ALLAH ESOK ATAU LUSA SAMPAI TERUS KE RUMAH ANDA.
Jadikanlah Zam Zam ini sebagai hadiah kepada ORANG TUA ANDA yg jasanya tidak dapat dinilai
dengan Wang Ringgit.

Hubungi Wakil2 dan Dealer2 kami di SELURUH MALAYSIA.

KAMI yakin dan amanah dengan air zam zam ini.

Monday, 16 September 2013

Kisah Benar Kebesaran Allah Berkaitan Air Zam-zam





JOHOR BAHRU – Niat seorang bapa untuk membeli roti kepada anaknya setelah pulang dari kerja tidak kesampaian apabila dia menerima panggilan mengatakan rumah yang didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Perling dekat Skudai, di sini, malam semalam.
Hamsani Radi, 46 berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam itu disedari anak perempuannya yang ketika itu sedang menonton televisyen.
“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah dan singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli roti yang dikirim anak saya. Namun belum sempat saya membelinya, saya menerima panggilan daripada jiran mengatakan rumah saya terbakar.
“Saya bergegas pulang ke rumah kerana risau keadaan anak-anak saya. Ketika itu yang ada di rumah hanyalah mereka bertiga,” katanya.
Menurutnya, kebakaran berpunca dari bilik hujung yang disedari anak bongsunya ketika menonton televisyen.
“Tiada apa yang dapat diselamatkan, kami tinggal sehelai sepinggang.
“Dalam rumah ini macam-macam barang yang disimpan musnah, sijil premium BSN, surat beranak, dokumen-dokumen penting dan barang kemas,” katanya.
Katanya, kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM40,000.
Hamsani berkata, dia terkejut apabila setelah api berjaya dipadamkan, hanya dua botol air zamzam tidak dijilat api.

“Air zamzam ini disimpan di dalam rumah berhampiran dapur. Saya terkejut apabila semua barang lain di sekitarnya musnah dijilat api kecuali dua botol air zamzam yang hanya renyuk sedikit sahaja,” katanya yang juga merupakan seorang anggota Rela.

"Dipetik dari kisah benar sahabat Pengurus Zam-zam Al Baraqah "